Jumat, 16 November 2007

the wars hoGwarts


Peperangan Hogwarts


Ketiga-tiga mereka ke Hogsmeade, di mana Aberforth Dumbledore menyeludup masuk mereka ke Hogwarts. Harry memberi amaran kepada staf-staf Hogwarts yang Voldemort akan datang menyerang sementara menunggu sekutu Hogwarts tiba.Harry mempelajari bahawa mahkota Ravenclaw adalah satu Horcrux, sementara Hermione memusnahkan piala Hufflepuff dengan taring Basilik yang mereka peroleh dari Bilik Rahsia. Harry mengingat semula bahawa beliau pernah melihat mahkota tersebut dalam Bilik Keperluan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan . Ketiga-tiga mereka walaubagaimanapun telah diserang oleh Malfoy, Crabbe dan Goyle.Crabbe yang cuai dalam penggunaan Sihir Fiendfyre yang digunakan untuk menyerang Harry, Ron, dan Hermione telah menyebabkan kematian dirinya sendiri dan memusnahkan mahkota tersebut .
Harry secara tidak sengaja telah menyelami minda Voldemort sekali lagi, yang menunjukkan mereka jalan ke arah
Gubuk Menjerit . Di sana, mereka telah menyaksikan Voldemort membunuh Snape dengan menggunakan Nagini , dengan mempercayai bahawa dengan perbuatan itu akan menjadikan beliau tuan kepada Tongkat Sakti Sulung. Semasa Snape hampir mati, beliau memberikan memori yang membuktikan kesetiaan beliau kepada Dumbledore, dimotivasikan oleh cinta seumur hidupnya terhadap Lily Potter. Setelah disumpah oleh Horcux cincin Gaunt, Dumbledore yang malang telah mengarahkan Snape untuk membunuhnya, jika perlu, pada masa yang strategik. Didedahkan bahawa Snapelah yang membuat patronus rusa betina di dalam Forest of Dean. Memori tersebut turut mendedahkan bahawa Harry juga merupakan satu Horcrux.
Dalam keadaan terpaksa menerima hakikat bahawa beliau akan mati, Harry menghampiri kem Voldemort dalam Hutan Terlarang. Sepanjang perjalanan, dia menemui Batu Kebangkitan di dalam bola Snitch untuk menyeru semangat ibubapanya, Sirius Black dan Remus Lupin yang menenangkan dirinya dan menyediakan jalan yang selamat. Voldemort kemudiannya menyerang baliau dengan menggunakan Sihir Tidak Terampun Avada Kedavra. Terjaga di dalam dunia seperti dunia syurgawi, Harry tidak pasti sama ada beliau masih hidup ataupun telah mati. Dumbelore kemudiannya muncul dan menerangkan bahawa Horcrux yang berada di dalam tubuhnya kini telah dimusnahkan. Beliau berkata Voldemort masih hidup kerana cebisan jiwanya masih ada yang bermakna Harry juga masih hidup kerana darahnya telah digunakan untuk membangkitkan semula Voldemort.
Harry kembali sedarkan diri, namun beliau telah berpura-pura mati. Voldemort mengarahkan Hagrid untuk mengangkat Harry ke Hogwarts sebagai satu trofi. Apabila Neville Longbottom menentang Voldemort, Topi Pengisih yang berada di atas kepalanya terbakar; yang menyebabkan beliau berjaya menarik keluar pedang Gryffindor dari topi tersebut lalu berjaya memenggal Nagini yang juga salah satu Horcux yang terakhir. Mengetahui bahawa dirinya merupakan tuan sebenar kepada Tongkat Sakti Sulung, Harry mencabar Voldemort. Ketika Draco Malfoy melucutkan tongkat sakti milik Dumbledore dalam
Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan Harry secara tidak sengaja telah menjadi tuan kepada Tongkat Sakti Sulung; Harry berjaya mendapatkan kesetiaan tongkat sakti tersebut apabila beliau berjaya menangkap tongkat sakti milik Draco. Voldemort menghasilkan Sumpahan Pembunuh ketika Harry melancarkan Sihir Melucutkan Senjata, namun Tongkat Sakti Sulung tersebut membalikkan semula sumpahan tersebut kepada Voldemort lalu membunuhnya.
Antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Fred Weasley, Remus Lupin, Nymphadora Tonks, Colin Creevey dan Bellatrix Lestrange. Harry memberitahu kepada potret Dumbledore yang beliau akan menyimpan Jubah Halimunan, tetapi Batu Kebangkitan kekal hilang dalam hutan sementara Tongkat Sakti Sulung akan dipulangkan semula kepada makam Dumbledore di mana kuasanya akan terhapus jika Harry mati tanpa ditewaskan. Dumbledore mempersetujuinya. Sebelum memulangkan Tongkat Sakti Sulung tersebut, beliau menggunakannya untuk membaiki tongkat sakti miliknya sendiri.

Tidak ada komentar: