Jumat, 16 November 2007

harry potter and the deatlhy hallows


Musim panas terakhir


Permulaan buku kali ini memaparkan Lord Voldemort dan para Death Eater berada di pusat gerakan mereka iaitu di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Potter sebelum Harry dapat bersembunyi kembali. Voldemort membunuh tawanannya, Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle serta menggalakkan anjakan bagi golongan berdarah tulen untuk dihentikan.
Harry telah bersedia untuk melakukan perjalanannya dan membaca
obituari Albus Dumbledore; dan diketahui bahawa ayah Dumbledore, Percival, adalah seorang yang benci akan golongan Muggle dan telah menyerang tiga orang Muggle, dan meninggal dunia di Penjara Azkaban atas kejahatannya. Harry kemudian meyakinkan keluarga Dursley bahawa mereka harus segera meninggalkan rumah mereka untuk mengelakkan diri dari serangan para Death Eater setelah Harry mencecah umur dewasa. Keluarga Dursley kemudian lari menyembunyikan diri dengan kawalan sepasang ahli sihir setelah mereka membuat pengakuan bahawa mereka masih risau dan pedulikan Harry.
Bersama-sama dengan anggota
Kumpulan Phoenix, Harry kemudian bertolak ke The Burrow. Dalam perjalanan itu mereka telah diserang oleh Voldemort dan Death Eaternya. Serangan tersebut telah menyebabkan Hedwig, burung hantu Harry telah terbunuh akibat terkena sumpahan pembunuh, George Weasley pula kehilangan sebelah telinganya akibat mantera Sectumsempra dan Mad-Eye Moody pula dibunuh oleh Voldemort sendiri. Harry berjaya meloloskan diri daripada Voldemort yang mengejarnya setelah tongkat sakti milik Harry menghancurkan tongkat sakti yang dipinjam Voldemort dari Lucius dengan sendirinya. Kemudian, Harry mendapatkan tahu yang Voldemort telah menanyakan kejadian tersebut kepada Ollivander, seorang pembuat tongkat sihir, mengenai kejadian tersebut.
Beberapa hari kemudian, Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour tiba di The Burrow dan memberikan beberapa barang peninggalan Dumbledore yang telah diwasiatkan untuk mereka, antaranya ialah: "Deluminator" (Pemadam Lampu) untuk Ron ; buku cerita
The Tales of Beedle the Bard iaitu mengenai buku cerita kanak-kanak untuk Hermione yang sebenarnya mempuyai maksud yang tersembunyi; dan pedang Godric Gryffindor dan Bola Snitch pertama yang ditangkap oleh Harry dalam perlawanan Qudditch pertamanya. Namun demikian, pedang tersebut tidak diserahkan kepada Harry kerana menurut Kementerian Sihir, pedang tersebut bukanlah milik Dumbledore. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berusaha untuk mencari maksud tersirat di sebalik pemberian tersebut. Sehari kemudian, perkahwinan antara Fleur Delacour dan Bill Weasley berlangsung.

Tidak ada komentar: